Teicerita

^_^ TeiCe: Hari ini saya belajar, bukan ayat sebab ayat biasa "coz nak share" tapi sebab nak terus2 belajar. -apa tu?-Yeah! May Allah Bless!

Sabtu, 9 Jun 2012

teice_i@yahoo.com

Pada hari ini saya nak maklum, diri telah pindah ke tanah baru (lagu 1 Muharam)

http://daeisupersaiya.blogspot.com/

terima kasih kerana terus-terus beri support untuk ini: http://www.jsadiwarna.com/karya-i-u-baca/e-novel/353-his-story-teice.html?showall=1

Isnin, 16 April 2012

Assalamualaikum, :) . Hurk! Hurk!
-----------------------------------------------> Imam Syafie : “Apabila kalian bertemu dengan hadith sahih yang bertentangngan dengan pendapatku, maka peganglah hadith itu dan lemparkan pendapatku ke dinding“.





Soalan famous keluarga ini-ini?-

Saya belajar untuk belajar, sesuatu untuk dicerna, bahawa kita, terlalu lemah dalam menghitung. Apa nombor paling besar? Paling kecil? Apa nombor selain, 1234567890? Ehm, siapa boleh reka nombor baru, jelaskan rasionalnya sekali-sayapun minat nak fikir pasal ni- sila mesej saya!

Kikiki.<---Teice ialah seorang yang boleh berubah emosinya, dengan cepat.

Perkiraan kedua, KEPERCAYAAN.

  "TRUST is like a paper. Once it's crumpled, it can't be perfect again." Adalah TIDAK 100% BENAR.

Allah, kasih sayang-Nya kepada kita melebihi kasih dan sayang kita kepada mana-mana orang di dunia ini ataupun kasih sayang mana-mana orang di dunia ini pada kita! -ayat belit2? Jika ya sila beritahu di komen-

Setiap hari, walaupun kita berbuat dosa, Allah tetap panggil kita 5 kali sehari untuk membersihkan diri daripada dosa dengan solat. Kenapa? Sebab Allah sangat inginkan kita berada dalam keadaan yang bersih, daripada dosa! Tanpa mengira kita ini, pencuri air soya mak cik kantin, atau penyeluk tak sengaja kocek ayah, atau pentertidur di majlis-majlis ilmu.

KEPERCAYAAN Allah, kepada kita, apabila Dia memberikan sesuatu kepada kita, atau meletakkan kita dalam sesuatu keadaan, bererti Dia... Dia PERCAYA PADA KITA yang kita mampu mencapai apa yang TERBAIK dalam keadaan itu. PMR? SPM? Kahwin? MENULIS? Blogger?

Mengapa tak percaya pada kepercayaan Allah akan kemampuan kita, apabila kita memohon kekuatan daripadanya?

Sebenarnya nak cakap macam ini, TRUST, kepercayaan, kepada Allah ialah sesuatu yang MENINGKAT apabila kita ialah orang yang memerhatikan, berfikir dan mengambil pengajaran. Walaupun dahulu kita pernah tersilap, -Once it's crumpled- kita berpeluang untuk mem'perfect'kan kepercayaan itu semula.

Macam lagu ni: Insha-Allah, Maher Zain.